Assalamualaikum wbt, em rasanye ingin menulis sesuatu, minggu nie aku terlalu banyak kerja, minggu lepas (16 hingga 18.06.2011) aku baru balik dari Politeknik Mukah untuk mesyuarat Kembara Satu Malaysia di bawah Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi yang melibatkan destinasi bermula dari Politeknik Kuching Sarawak dan berakhir di Politeknik Mukah yang bakal berlangsung pada bulan September nanti. Pagi tadi aku masuk opis je, aku menghadiri mesyuarat untuk Minggu Suai Kenal (MSK) untuk pelajar-pelajar baru Politeknik Kuching Sarawak yang akan melapor diri pada 3 Julai 2011 nanti, aku bertindak sebagai JK Peralatan ICT, dalam masa yang sama terlibat sbg JK Pendaftaran Pelajar Baru. Banyak kan aktiviti yang perlu aku handle, belum lagi tugas hakikiku di Unit Kewangan yang tak pernah habisnya kecuali bila peruntukan kewangan dah berkurangan iaitu selepas berakhirnya tahun kewangan pada 31 Disember setiap tahun, namun bagi aku dalam menyibukkan diri dengan pelbagai tugas, ianya dapat melupakan kesedihan yang aku alami selama ini. Lepas selesai pelajar baru melapor diri, minggu berikutnya pelajar lama pula yang melapor diri, seperti biasa aku bertugas juga untuk pendaftaran pelajar lama. Hari jumaat (24.06.11), aku akan mengikuti mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Laman Web Rasmi PKS dan pada hari selasa (28.06.2011), aku menghadiri forum " A multi-religious forum on natural disasters: Human error or divine decree?" bertempat di Auditorium, Islamic Information Centre, Jln Ong Tian Swee, Kuching Sarawak. Selain itu, aku juga terlibat untuk konvokesyen Politeknik Kuching Sarawak yang ke 19 bertempat di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching pada 27 Julai 2011. Walau banyak kerja tapi aku berpuas hati dan seronok dengan tugas dan tanggungjawabku. Em cukupla coretan ku buat masa nie, insya Allah jika tak sibuk pasti akan aku update aktivitiku di lain waktu, sebelum mengundur diri, aku mohon kemaafan jika ada kesilapan tutur kata dariku. Pesanku, ingatlah Allah ada bersamamu, setiap waktu setiap ketika, sedarkan dirimu akan hadirNya, disaat sedih menyapa hidupmu..=)
No comments:
Post a Comment